Wednesday, 16 May 2012

Buah Naga


PENGENALAN





Buah naga atau Pitaya atau 'dragon fruit' (Hylocereus undatus) adalah tanaman baru yang diusahakan secara komersil di negara ini. Ia berasal dari Amerika Selatan dan dibawa masuk ke Vietnam oleh orang Perancis pada kurun ke 19 dari Guvana sebagai tanaman hiasan. . Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia. Buah daripada famili 'Cactaceace' ini mendapat nama mungkin daripada bentuknya yang kelihatan seakan-akan bebola api yang terdapat pada mulut naga. Nama tempatan yang biasa ialah Pitaya/Kaew mang korn (Thailand); Than long (Vietnam), Strawberry pear; Pitahaya (Latin America); Queen of the night (North America); Red dragon fruit; Fire dragon fruit (Asia); Buah naga (Malaysia); Huo long guo/Hong long guo (Taiwan).

Namun demikian, penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain. Pegawai Penyelidik Prinsipal Hortikultur dan Agronomi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Zainudin Meon berkata, buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu varieti putih atau nama saintifiknya Hylocereus Undatus, varieti merah (Hylocereus Polyrhizus) dan varieti kuning (Hylocereus Megalanthus).

Dr.Zainudin memeriksa ladang buah naga

Walau bagaimanapun, katanya, hanya dua varieti yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu varieti putih dan merah. Keluasan tanaman ini di Malaysia mencecah 2,150 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 9,796 metrik tan. Kawasan utama pengeluaran buah naga di Malaysia adalah di Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Melaka.Harga pasaran di Malaysia antara RM6 hingga RM8 sekilogram.

No comments:

Post a Comment