Buah pitaya oleh di proses untuk dijadikan pelbagai produk lain. terdapat beberapa usahawan memproses buah naga untuk di jadikan kordial minuman, jus, halwa, candy, teh, kapsul dan bermacam-macam lagi.
1. Membuat kerepek buah naga
Gunakan buah naga
yang 'off-grade' yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik pada indek
kematangan yang tidak terlalu masak. Kupas dan buang kulit buah naga yang
berwarna merah tersebut dengan pisau atau alatan lain dan bersihkan. Isi buah
yang sederhana keras diletakkan diatas alas pemotong dan hiris setebal 5 cm
dengan pisau tajam. Jangan potong terlalu nipis kerana buah ini akan hancur
ketika menggoreng. Langkah seterusnya adalah merendam hirisan buah naga tadi
dengan larutan garam kepekatan 2.5% selama 30 minit. Tujuannya adalah untuk
mengelakan buah menjadi pudar akibat terdedah diudara dan menghilankan
kandungan pektin. Bagi menyedapkan lagi rasa kerepek tambah 200 gram gula pasir
dalam 1 liter air dan siramkan pada hirisan buah.
Cara menggoreng kerepek buah naga menggunakan teknologi
'vacuum frying' pada suhu minyak 80 celcius. Pastikan tekanan udara dalam
vacuum pada -1 atm agar air mudah di keluarkan dari buah semasa pengorengan.
Pengorengan dibuat selama 90 minit - 120 minit atau apabila dilihat tidak
berbuih lagi pada minyak. Keluarkan kerepek buah naga dan toskan minyak
menggunakan penuras 'spenner' untuk vacuum fry sehingga minyaknya betul-betul
tos. Masukan kerepek buah naga kedalam bekas aluminium foil atau bekas plastik berkualiti
tinggi yang kedap udara sebelum di 'seal'. Kerepek buah naga memang istimewa
kerana masih memberikan rasa asli buah naga dimana kemanisannya dan rasa asli
masih dapat dikesan. Kajian mendapati kaedah penyimpanan dengan aluminium foil
boleh bertahan selama 1 tahun.
2. Membuat candy buah naga
2. Membuat candy buah naga
Gunakan buah naga
isi merah dan isi putih. Buang kulit dan ambil isinya sebanyak 50 gram setiap
jenis dan kemudian di parut kedua-duanya. Masukkan parutan buah naga tadi
kedalam bekas yang sesuai kemudian masukkan sebanyak 40 gram glukosa bersama
150 gram gula pasir. Panaskan campuran tersebut dengan api kecil sehingga
mendidih. Sambil kita menunggu campuran tersebut mendidih, sediakan larutan
gelatin dengan memasukkan 60 ml air panas bersama 30 gram gelatin dan kacau.
Lepas 10 minit iaitu apabila suhu dalam parutan buah naga mencapai 110 celcius
masukkan pula asid citrik sebanyak setengah camca teh.
Tunggu selama 5 minit lagi apabila suhu mencapaii 120
celcius pada parutan buah naga dan angkat untuk di tuangkan kedalam larutan
gelatin tadi. Kacau sehingga rata sebelum di tuang kedalam bekas loyang dan
biarkan selama 120 minit (2 jam) pada suhu bilik. Setelah sejuk maka sebaiknya
di bubuh 'gula icing' diatasnya dan potong-potong berukuran 3 cm x 3cm x 3 cm sebelum
dihidangkan. Rasa candy atau jelly buah naga memang sedap dan rupanya merah
putih amat menarik untuk di berikan kepada peminat buah tropika tersebut.

sos buah naga
No comments:
Post a Comment