tempat tinggal yang memyediakan perlindungan, keselamatan dan keselesaan.
sebagai contoh: Rumah, Asrama.
Tempat kediaman yang baik dapat memenuhi Keperluan fizikal, sosial dan psikologi.
Keperluan fizikal: memberi perlindungan dan keselamatan
keperluan sosial: penghuni dapat melakukan aktiviti individu
keperluan psikologi: memberi ketenangan jiwa dan keselamatan hidup
JENIS RUANG TEMPAT KEDIAMAN
*Ruang Sosial
*Ruang Kerja
*Ruang Persendirian
Ruang sosial adalah tempat ahli keluarga berehat dan berinteraksi antara satu sama lain atau dengan tetamu. Ruang Kerja pula adalah tempat untuk menjalani aktiviti harian seperti menyediakan makanan, mencuci pakaian. Ruang Persendirian membawa maksud tempat ahli keluarga melakukan aktiviti persendiri, contoh tidur, mandi beristirehat.
Contoh contoh:
Ruang Sosial
Ruang Kerja
Ruang persendirian
KESELESAAN TEMPAT KEDIAMAN
Pengudaraan: tempat kediaman memerlukan pengudaraan yang baik, untuk menentukan udara yang baik, memastikan kesihatan yang baik dan mengelakkan daripada penyakit merebak melalui udara yang tidak baik. Di samping itu pengudaraan yang tidak baik akan menyebabkan suasana panas, lembab dan tidak selesa.
Pencahayaan: Pencahayaan dapat diperolehi dari dua sumber, cahaya lampu(pencahayaan am, terus/langsung dan tidak langsung ) ataupun cahaya matahari
Skema Warna: warna boleh dikelaskan kepada tiga jenis: -
warna gelap: - mewujudkan suasana gelap, redup, ruang kelihatan kecil, siling yang tinggi kelihatan rendah.
warna terang: - mewujudkan suasana riang dan ceria, ruang kecil menjadi luas, siling yang rendah menjadi tinggi
warna lembut: - mewujudkan suasana sejuk, harmonis dan tenang, siling yang rendah kelihatan tinggi.
Alat dan pelengkapan: tempat kediaman memerlukan perabut dan kelengkapan untuk kemudahan dan keselesaan penghuninya. Perabut dan kelengkapan perlu disusun dengan baik dan sistematik supaya udara dapat mengalir dengan baik dan kemalangan dan kecederaan dapat dielakkan.
Lantai dan penutup lantai: pemilihan lantai amat lah penting dalam tempat kediaman. ciri ciri lantai yang baik adalah cantik, tak licin, kukuh dan senang dijaga.
Keselamatan: pilih alat kelengkapan mengikut keutamaan. pastikan ia dalam keadaan baik, mudah diguna, mudah dijaga. mudah dibersihkan, dan senang diperolehi jika rosak.
No comments:
Post a Comment